Kambeh? huhuhu..mesti uols wonder kambeh tu gapo...heheh..kambeh (bahasa pasar) atau kambas a.k.a peria adelah sejenis sayur yang berasa pahit dan jarang digemari oleh kebanyakan org...budak2 kompem x suke sayur nie sbb kepahitannye...alangkan sawi pon xdimakannye..apetah lagi peria nie..
Tapi peria nie ade banyak kebaikannye sebenarnye..manfaat yang di offer oleh peria nie adelah..
"Peria merupakan sejenis sayur yang mempunyai bentuk seakan timun. Ia merupakan sayur yang paling mendapat perhatian pakar perubatan moden dewasa ini. Berasal dari selatan China, peria yang dikenali sebagai "ku gua" telah lama digunakan sebagai salah satu herba dalam perubatan tradisional China. Air rebusan peria digunakan oleh pakar perubatan China untuk merawat penyakit asma dan haid yang terlewat. Selain itu, air rebusan ini juga digunakan untuk menyejukkan panas radang.
Kini penggunaan peria semakin meluas. Di Asia Tenggara, Australia, dan Amerika Syarikat, peria menjadi bahan penting bagi merawat penyakit leukaemia, HIV, dan AIDS. Biarpun setakat ini belum ada kajian saintifik dijalankan bagi menguji keberkesanan peria dalam menangani penyakit-penyakit tersebut. Peria didapati boleh meningkatkan semula kiraan sel CD4 (sel imun) dalam tubuh manusia. Ujian darah untuk menguji jumlah kiraan sel imun adalah perkara paling asas untuk mengetahui perkembangan dan betapa seriusnya tahap HIV dan AIDS. Selain daripada meningkatkan sel imun tubuh, peria juga berguna untuk merawat atau mengurangkan penyakit-penyakit sampingan yang mempunyai kaitan dengan jangkitan HIV seperti arthritis dan "oppotunistic infections", misalnya herpes kemaluan, tuberkolisis dan beberapa jenis penyakit kulit yang menyerang lantaran lemahnya sistem imunisasi tubuh.
Sekumpulan pakar penyelidik di Amerika Syarikat telah berjaya mengasingkan sejenis protein yang terdapat di dalam peria. Protein ini dinamakan MAP-30 dan terdapat dalam biji dan kulit buah berkenaan. MAP-30 dikatakan mengandungi sifat-sifat anti-kanser sebagaimana yang terdapat pada tikus. Selain itu, ia juga dapat mengawal penyakit-penyakit virus seperti herpes dan poliomaelitis, dan menghalang penyakit tersebut daripada membiak dan merebak dari satu sel ke sel yang lain. Protein-protein lain yang diasingkan daripada tumbuhan jenis memanjat ini juga boleh membantu mengurangkan berlakunya keguguran dan menghalang pertumbuhan sel-sel kanser." - courtesy of http://pkukmweb.ukm.my
Dulu2 mase kecik2 i adelah tergolong dalam golongan budak2 benci peria..tapi skang ni..surprisingly peria nie jadi sayur kegemaran i pulak..ntah ek..agaknye sbb dah makin besar angka usia dan makin berubah seleranye..erk?
Jadi sbb itu..tadi buke pose i telah masak ini....
peria goreng ngn telor..yuummyyy!!! |
ok, motip entri ini adelah untuk bagitau yang ari ni saye masak lagiiiiii..miahahahhahaha..
oh, dan untuk dessert..saye buat ini...
kuih gulung |
hehe..ok, sila abaikan kulitnye yang koyak rabak tuh..sbb isi byk sgt jadi melimpah ruah..dan sile abaikan juge garisan2 pade kulitnye sbb saye gune grill pan..xde pan leper rupenye rumah bujang saye nie..hohoho...
p.s: gemok2 kan kuih saye tu...? ngeeee...
No comments:
Post a Comment