"Moral of the story, ...tak semesti nya ko bijak..ko akan kaya...ko belajar la berhempas pulas..utk mendapat segulung ijazah..tapi kalau ko tak doa supaya rezeki ko murah pada Tuhan..ko tetap akan berada di takuk lama..jadi jangan mudah memandang rendah pada org yg hanya berkelayakan SPM...rezeki nya mungkin lebih murah dari anda jika dia berusaha dan berdoa pada tuhan..
Maka..berdoa dan berusahalah..!! Auummmmmm!!!"
Ok, topik ni ade kaitan dengan ape aku cerite mase lunch kat mamak bawah opis kitorg (yang merupakan sumber makanan seharian kami tak kira pagi petang siang dan malam)..cerita aku adelah tentang situasi dalam family aku belah mak aku (makcik2 dan pakcik) yang aku perasan memang ade timbul kasta antara lepasan SPM dan lepasan ijazah. Mungkin sbb culture family aku ni yang memang mementingkan kecemerlangan dalam akademik sampai tahap pelik kalau tak sambung belajar lepas SPM. Dan antara sepupu-sepupu pon mesti compete with each other dan competition adelah sangat jelas antara sepupu2 yang ade big exam dalam tahun yang sama. Soalan pertama yang keluar kalau berkumpul satu family pon adelah "periksa dapat no. berapa?" Dan kalau ade big exam, tekanan perasaan adelah lebih tinggi sebab mesti semua orang akan tanye sepantas kelajuan internet unifi, berapa resultnye dan akan di share sefamily.
Jadi, aku dapat rase tekanan itu kat sepupu2 aku yang maybe tak berape excel dalam study. Diorang slalu tak masuk ngan set2 yang blaja tinggi ni. Sampai kadang2 aku rase aku yang paling tak excel antara my siblings sebab diorang ade yang dah jadi doktor dan ade yang belajar luar negara berbanding aku yang hanya lulusan ijazah dalam negara (adik-beradik aku bukan ramai pon, 4 org je). Tu yang buat rase nak sambung study jugak tu..tapi macam malas nak bace buku dan buat research dah. Plus, macam tak cukup wang nak sambung study...Ok, tu mari kite fikirkan kemudian.
Menjadikan family aku sebagai contoh, aku tengok kebanyakan pakcik dan makcik aku semua keje makan gaji dan takde pon yang bukak bisnes sndiri. Maka, tiada yang pakai kereta hebat macam BMW, Ferrari, Porsche, Mercedes dan sebagainya. Maka, melalui pengamatan aku, kebanyakan orang yang excel in study selalunye..aku tak kate semua, tapi selalunye mesti akan kerja dengan orang dan orang yang menggaji org2 yang excel ni pon bukanlah orang yang excel dalam study. Itulah realiti dunia.
Kalau tengok big2 player dalam construction industry, especially those in private sector, kebanyakan owner or founder of the company tu lulusan SPM je. Aku bagi satu contoh, Tan Sri Yeoh Teong Lay, the founder of YTL, hanya lulusan sekolah menengah saje. But yet, he was listed as the 421st most richest person in the world. Contoh lain, bumiputera pertama yang termasuk dalam senarai 10 terkaya di Malaysia iaitu Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary hanya merupakan lulusan tingkatan 5. Diorang proven sukses dalam perniagaan dan mempunyai aset berbillion ringgit.
Aku tau topik ni dah lapuk dan dah banyak argument. Mungkin ade yang kate "boleh laa..time kite sebuk2 study dulu diorang dah start berniaga"....tapi cube korang rewind sket mase same2 amek keputusan SPM dulu, dan bile result slip korang tunjuk 11A1 dan kawan sebelah 1A2B3C4D1F, ade tak korang rase riak dan pandang rendah kat kawan tu. *jengilkan mata*.
Pucuk pangkal, rezeki masing-masing Allah dah tetapkan. Jadi, tak perlu pandang rendah pada mereka yang tak mempunyai lulusan ijazah. Rezeki tu Tuhan dah janjikan pada sape2 yang berusaha. Kalau mase depan anak kita tak minat belajar tapi suka berniaga, jangan dihalang, sebab 90% sumber kekayaan adalah daripada perniagaan. Yang penting usaha dan doa. Kalau kite yang makan gaji pon, usaha dengan tekun dan kerja dengan penuh minat dan ikhlas, tak mustahil kita pon boleh jadi antara pemegang saham dalam syarikat-syarikat gergasi, walaupon kita bukan founder nye. Sebab, pada pendapat aku, kedua-dua kasta ini perlu collide untuk menjadikan institusi lebih jitu.
Maka, tiada lagi kasta-kasta ye adik-adik...semua orang sama saje dan punya kelebihan masing-masing. Tak perlu memandang rendah pada sesiapa sebab kita tak layak melakukan begitu. Bagi aku, hidup kene ade matlamat / goal. Yang paling penting adelah usaha yang kite lakukan dalam perjalanan untuk mencapai matlamat tersebut, itu yang dipanggil sebagai kejayaan. Tak kire la ape matlamat kite pon, selagi kite ade satu target dan kite usaha dan doa ke arah target tu, insyaAllah hidup tak akan kucar-kacir. Segala masalah yang timbul is just bumps during the journey, and we have just to keep pedaling towards the ultimatum.
No comments:
Post a Comment